Loading

wait a moment

PERUTUSAN PENGETUA SMKBB2020

Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bertemu dalam ruangan ini. Sebagai pengetua ke 2 sekolah ini, saya menghulurkan salam perkenalan kepada seluruh warga SMKBB2020, ibu bapa, penjaga serta komuniti setempat.

Saya berharap portal ini akan terus menjadi wacana komunikasi yang mampu menyalurkan maklumat serta sebagai penghubung penglibatan komuniti luar terhadap perkembangan dan pembangunan sekolah pada masa akan datang. Seiring dengan perubahan arus pembangunan yang membawa perkongsian maklumat hanya di hujung jari sahaja.

Di antara salah satu elemen pembelajaran abad 21, adalah penggunaan teknologi maklumat dalam usaha sekolah menjadi portal ini sebagai salah satu prasarana perkongsian maklumat yang boleh diakses pada bila-bila masa sahaja.

Di samping itu adalah menjadi matlamat kami juga agar portal ini dapat menyalurkan informasi terkini kepada para pelanggan samada warga pendidik, ibu bapa dan juga semua pihak yang ingin mengetahui perkembangan semasa sekolah ini. Sehubungan itu bagi memastikan hasrat murni ini tercapai, portal ini perlulah sentiasa dikemaskini dengan maklumat semasa.

Akhir kata saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMKBB 2020 atas usaha yang gigih untuk mengilap kecemerlangan sekolah ini.

Sekian Wassalam.

PN. KHADIJAH BT UMAR