Loading

wait a moment

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM 2018

Unit Kokurikulum SMK Bandar Behrang 2020 telah merancang dan melaksanakan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Sekolah pada 6 Julai sehingga 8 Julai 2018. Jumlah penyertaan seramai 89 orang ahli yang terdiri daripada unit beruniform KRS, BSMM, Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam, Kadet Bomba dan Kadet Pertahanan Awam Sekolah. Pelbagai aktivitii yang menarik telah disusun dan dirancang antaranya pendedahan tentang ikatan, siri pertolongan cemas, penghasilan gajet, masakan, lari berhalangan, membaca kompas dan sebagainya. Perkhemahan Perdana juga menitikberatkan aspek kerohanian dengan solat fardu secara berjemaah dan tazkirah selepas maghrib dan solat subuh. Majlis Penutupan Perkhemahan Perdana 2018 dihadiri oleh YDP PIBG SMK Bandar Behrang 2020 bersama pihak pentadbir sekolah. Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia ( KASPA ) telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan perkhemahan perdana tahun 2018…tahniah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *