Loading

wait a moment

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM

Bertarikh 6 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439, Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan majlis khatam al-Quran di kalangan peserta tadarus al-Quran sempena Ihya Ramadan 2018. Seramai 45 peserta yang terdiri dari kalangan murid tingkatan 1 dan tingkatan 2 telah terpilih untuk menyertai majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2018. Majlis ditambah serinya dengan kehadiran YB Hj Aminuddin Bin Zulkifli yang sudi menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim SMK Bandar Behrang 2020. Majlis Khatam Al-Quran dipimpin bacaan peserta oleh Ust Mohamad Nasuha Bin Ahmad. Majlis Khatam Al-Quran telah dirasmikan penutupan program Ihya Ramadan 2018 oleh tetamu jemputan. YB juga sudi menyampaikan cenderamata kepada semua peserta khatam al-Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *