Loading

wait a moment

MAJLIS IFTAR JAMA’I 2018

Alhamdulillah….saban tahun menjelang Ramadan pastinya majlis berbuka puasa di kalangan warga SMK Bandar Behrang 2020 menjadi agenda tumpuan. Pada tarikh 1 Jun 2018 bertepatan dengan 17 Ramadan 1439 (Nuzul al-Quran) majlis berbuka puasa dapat dilaksanakan. Majlis dihadiri oleh Tn. Saifol Bahrin Bin Sulaiman (Pegawai Pendidikan Daerah Muallim), En. Kamarul Bahrin selaku Yang dipertua PIBG dan En. Shafie (Naib yang dipertua PIBG) juga beberapa Ahli Jawatankuasa PIBG 2018. Kehadiran murid menjadi kebimbangan saban tahun oleh penyelaras program namun Alhamdulillah…pada tahun nei kehadiran 100% hadir penuh sehingga makanan dan minuman habis ke semuanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini…mudah-mudahan mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah dari Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *