Loading

wait a moment

MINGGU ANTI DADAH 2018

Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan di sambut pada 19 Februari setiap tahun bertujuan untuk memperingatkan masyarakat Malaysia akan peranan dan tanggungjawab kita berhadapan dengan ancaman bahaya dadah kepada negara.

Tema Hari Antidadah Tahun ini ialah “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita” memberi makna yang cukup besar tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul secara bersama bagi memastikan komuniti tempat tinggal kita selamat dan bebas daripada permasalahan dadah. Masyarakat atau komuniti ialah kelompok manusia yang paling hampir di tempat tinggal kita . Segala perkara tentang diri, ahli keluarga, harta benda dan kerjaya terlebih dahulu diketahui oleh mereka. Oleh sebab itu, masyarakat ialah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan ketika ditimpa bencana atau musibah. Justeru itu, ahli masyarakat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab memerangi penyalahgunaan dadah hanya di bahu kerajaan semata-mata. Ini kerana pencegahan awal perlu dimulakan di peringkat masyarakat setempat untuk menggerakkan aktiviti kemasyarakatan yang berupaya menghindari berlakunya masalah dadah, sosial dan jenayah dalam masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *